Showing posts with label SRC Diary and Updates. Show all posts
Showing posts with label SRC Diary and Updates. Show all posts

MA'ANNAJAH FIL IMTIHAN.. Rabbana yassir umurana

SRC Baiah Session & New Line Up

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, all praises be to Allah, for giving us the opportunity to still be alive in this world, thus we have to fulfill our task and amanah as His SERVANT and KHALIFAH to lead the universe.

On 24th March 2011, at Office of Deputy Rector of Students’ Affairs (ODRSA), IIUM Gombak, we, the new line up for Students’ Represenative Council (SRC) IIUM 2010/2011 session was officially endorsed by the honorable IIUM Rector, Dato’ Seri Dr. Syed Arabi Idid after Bai’ah Session lead by SRC President, Br. Mohd Iqbal Ab Wahab. Thus, all the SRC position for secretariats up until the presidential were also been endorsed. We know that our job and task has started from now on.

I remember what the IIUM Rector said during our meeting, he put his trust towards us as the student leaders, to LEAD the students not only in term of physical aspects (programs & activities), but BE a leader in ALL aspects including behavior, attitude, value etc. And that’s what a LEADER meant for. Community will usually imitate what their leader do. If we instill good and Islamic values in our daily practices, so do they. Am I right? Let’s just ponder.

Another thing we’ve to realize that this SRC leadership tenure will be very short due to the ‘very’ long semester vacation, starting from April-September. We have to RUN instead of WALK! There are too much things to be done and cramped off within this short period of time. However, we pray may Allah give us strength to do our best, to serve the IIUM community, rising up the students’ voice for their welfare right, as well as to maintain good and Islamic environment in our beloved campus. To all our colleagues, we really need your continuous help and support. Let’s work as team, as a family. InsyaAllah, He will guide us along this journey.


With IIUM Rector, Deputy Rector of Student Affairs, and Director of S-Dev


SRC IIUM 10/11 new line-up (Gombak and Kuantan):


PRESIDENT:

MOHAMAD IQBAL AB WAHAB (Kulliyyah of Economics & Management Sciences)


VICE PRESIDENT 1:

SHARIF AHMAD (Kulliyyah of Medicine)


VICE PRESIDENT 2:

MOHAMMAD MOHIUDDIN (Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences)


VICE PRESIDENT 3:

SITI AMINAH MOHD NAIM (Kulliyyah of Information Communication & Technology)


VICE PRESIDENT 4:

FAUZAN MOHAMED (Kulliyyah of Nursing)


SECRETARY GENERAL:

MAHIRAH ABD RASHID (Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences)


ASST. SEC. GEN 1:

NIK MUHAMMAD HANIS NEK RAKAMI (Institute of Education)


ASST. SEC. GEN 2:

HANIS ABD RANI (Kulliyyah of Medicine)


TREASURER:

SYAHRIL UZAIR SAHMI HAMEED (Kulliyyah of Engineering)


ASST. TREASURER:

NURUL HANIM OTHMAN (Kulliyyah of Dentistry)


SECRETARIATS:


WELFARE

CHAIRPERSON:

HAFIZUL FARIS CHE RAZLAN (Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Law)


CO-CHAIRPERSON:

MIMI NOR SYAHUDDA SETAPANI (Institute of Education)

KAMAL AMAR DAHLAN (Kulliyah of Dentistry)

SITI AMINAH MUHAMMAD IMRAN (Kulliyyah of Science)


SPIRITUALITY & ISLAMIZATION:

CHAIRPERSON:

MUHAMMAD FITRY HUSSIN (Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Law)


CO-CHAIRPERSON:

ABAS ABDULLAHI AHMED (Kulliyyah of Economics & Management Sciences)

ANIS NADIA HUSSIN SHOKRI (Kulliyyah of Allied Health Sciences)


PUBLIC RELATION:

CHAIRPERSON:

ADIB FAKHRULLAH AZMI (Kulliyyah of Architechture)


CO-CHAIRPERSON:

WAN MOHAMAD HAFIQ ABD JALIL (Kulliyyah of Economics & Management Sciences)

MUHAMMAD LUQMAN HAKIM ROOMALI (Kulliyyah Of Allied Health Sciences)

NOOR BAITI SOLEHAH NUAWI (Kuliyyah Of Pharmacy)


INFORMATION AND MULTIMEDIA:

CHAIRPERSON:

WAN ZULKARNAIN WAN ISMAIL (Kulliyyah Of Information Technology & Technology)


CO-CHAIRPERSON:

MUHAMMAD HAFIZUL TAIB (Kulliyyah Of Architecture)

MUHAMAD SHAFIQ ABU HASSAN (Kulliyyah Of Science)


ACADEMIC AFFAIRS:

CHAIRPERSON:

MOHD RIZWAN MAT ZAIN (Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences)


CO-CHAIRPERSON:

NUR ZU’AINI MOHD SARIFUL LIM (Kulliyyah of Nursing)


INTERNATIONAL AFFAIRS:

CHAIRPERSON:

NOMAN BASHIR (Kulliyyah of Economics & Management Sciences)


CO-CHAIRPERSON:

HABIB M.A ABU OMER (Kulliyyah of Economics & Management Sciences)

MISS HASNA AHMAD (Kulliyyah of Science)


SPORTS AND CULTURE

CHAIRPERSON:

MOHAMAD AMIR ARIF RAMLI (Kulliyyah Of Engineering)

CO-CHAIRPERSON:

AHMAD MUSTAQIM ARIFFIN (Kulliyyah Of Pharmacy)


Selamat menjalankan amanah..!


New Line-Up


SRC Induction & Shura Programme



INDUCTION COURSE LEADERSHIP TRAINING
AND SHURA PROGRAMME

STUDENT'S REPRESENTATIVE COUNCIL 2010/2011

11-13 MAC 2011
BUKIT TINGGI, PAHANG



SRC GOMBAK & KUANTAN


Congratulate to all. Waiting for Bai'ah Session & Endorsement of Position by IIUM Rector, coming soon, insyaAllah.

Searching for SRC 10/11 Subcommittees..!!


Assalamu'alaikum WBT



From the al-Quran, Surah Al-Maidah verse 2, Allah has mention:

"And cooperate in righteousness and piety, but do not cooperate in sin and aggression. And fear Allah ; indeed, Allah is severe in penalty."

In line with this verse, SRC are now are searching for its new sub-committees members to assist and help the council towards fulfillment of Vision & Mission of IIUM and SRC.

If you are willing to join hands with us, address us, and fill the form provided. Two methods of applying:

1. Via online (recommended). Click THIS to directly fill the form online.
2. Via manual. Please contact the person above (in the poster : Hanis 0133086844 | Shafiq 0132747325) to get the hard copy of the form.

Please submit the form before 24th of March 2011.

Lastly, we would like to thanks in advance for those who apply. May Allah rewards us for our initiative to bring the goodness to our beloved University.

Wassalam.



Repost from SRC Kuantan official blog. Please visit:

SRC KAHS 10/11: DEDIKASI ISTIMEWA

Bismillahirrahmanirrahim

SRC KAHS:

DEDIKASI ISTIMEWA DARIPADA KAMI BUAT SELURUH WARGA KAHS

Alhamdulillah, hamdan wa syukran lillah, atas segala limpah kurnianya, kita masih lagi dikurniakan dua nikmat terbesar, iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. Juga seinfiniti kesyukuran kerana kita masih diberi kesempatan bernafas di atas muka bumi Allah, menikmati segala keindahan ciptaan-Nya melata di segenap sudut pentas dunia ini. Maka seharusnya hati dan jiwa ini bertambah tunduk, khusyuk, serta tawadhuk di hadapan-Nya. Sujudlah dengan segala kerendahan perasaan sebagai tanda kita hanya seorang hamba yang lemah. Segala kekuatan itu sesungguhnya datang daripada-Nya.

Pilihanraya kampus UIAM berakhir 22 Februari 2011 lalu, setelah pelbagai fasa dilalui. English Proficiency Assessment (EPA), Nomination Day, Campaign Period, Manifesto Day (specially brought by HEALS), dan berakhir dengan Election Day apabila official result diumumkan pada hari yang sama melalui Video Conference bersama Election Commission daripada Gombak. Setiap fasa menuntut satu pengorbanan yang cukup tinggi, bagaimana menghadapi suatu rangkaian situasi politik kampus yang belum pernah kami alami secara langsung sebelum ini. Maka segala pengalaman yang kami peroleh dalam setiap fasa ini merupakan suatu permata yang cukup berharga yang menjadi pemangkin kepada usaha untuk meningkatkan keyakinan diri di samping mempersiapkan bekal menghadapi cabaran yang lebih mencabar sama ada di peringkat kampus mahupun di peringkat nasional yang lebih tinggi.

Sesungguhnya KEPIMPINAN (Al-Qiadah) BUKANLAH satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif). Jujur dikatakan, bermula langkahan pertama selepas pengumuman keputusan rasmi pada 22 Feb lalu, diri merasakan seolah-olah ada suatu batu besar yang diletakkan di atas pundak, lalu diri juga bertanggungjawab menjaga batu besar (yang boleh dianalogikan sebagai AMANAH) itu untuk tempoh masa sehingga 1 tenure yang akan datang. Allahu Akbar! Betapa beratnya ini. Tidak ada daya upaya kami melainkan dengan kekuatan dari-Mu ya Allah.

Istimewa ditujukan buat seluruh warga Kulliyyah of Allied Health Sciences (KAHS) kepada semua batch (Year 1, 2, 3 & 4) dan kepada semua department (Dietetics, Audiology, Optometry & Radiography-Diagnostic Imaging), seinfiniti PENGHARAGAAN dan TERIMA KASIH kami ucapkan atas segalanya. Anda telah membuat keputusan, dan pilihan anda telah diterjemahkan melalui undian semasa Polling Day yang lepas. Maka dari pihak kami (baca: SRC KAHS), tiada yang lain melainkan kami menganggap setiap undian yang kami terima melambangkan suatu kepercayaan yang cukup besar kalian terhadap kami untuk melakukan suatu perubahan.

Walaubagaimanapun, kami sangat-sangat mengharapkan agar tangan-tangan yang telah memberi kepercayaan kepada kami ini TIDAK akan sekali-kali meninggalkan kami sendirian dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab selepas ini. Kami mengharapkan agar tangan-tangan ini jugalah yang akan menjadi tulang belakang di saat kami kelelahan. Tangan-tangan ini jugalah yang akan membantu di saat kami kekurangan tenaga. Sesungguhnya kami memerlukan sokongan padu yang BERTERUSAN daripada kalian demi kelangsungan sebuah perjalanan dakwah dan kebajikan pelajar yang lebih baik sama ada di peringkat kulliyyah kita mahupun di peringkat kampus UIAM Kuantan secara umumnya, insyaAllah.

Benar, kemenangan bukanlah matlamat utama, tapi bagaimana cara kita mengisi kemenangan itu yang menjadi persoalan. Jawatan bukanlah apa yang seharusnya dikejar dan dibanggakan, tapi bagaimana usaha kita mengoptimumkan ruang dan peluang yang ada melalui jawatan tersebut untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh mahasiswa, sama ada dari aspek keperluan FIZIKAL, SPIRITUAL, mahupun SOSIAL. Manifesto yang diucapkan tidak seharusnya sekadar di bibir, sebaliknya diterjemahkan melalui suatu USAHA dan TINDAKAN, agar ianya menjadi sebuah REALITI, dengan izin Allah.

Untuk makluman semua sahabat-sahabat warga KAHS, setakat ini pihak SRC yang baru (Gombak dan Kuantan) belum bersidang secara rasmi untuk membentuk kabinet, menentukan posisi, serta portfolio bidang tugas masing-masing. Maka dengan kata lain, tugas sebagai exco SRC secara umumnya masih belum rasmi. Tetapi, itu tidak menghalang untuk kami bergerak dan melakukan perancangan awal di peringkat KULLIYYAH terlebih dahulu (baca: KAHS).

Pada 01/03/2011 (Selasa) yang lalu, kami telah mengatur satu sesi pertemuan bersama Dr. Azlina Ab Rahman (Deputy Dean of Student Affairs, KAHS) untuk berbincang dan meminta pendapat beliau berkaitan situasi semasa yang berlaku dalam KAHS serta masalah-masalah berbangkit. Alhamdulillah, banyak juga perkongsian ISU dan ILMU yang kami peroleh daripada beliau selama diskusi lebih sejam itu. Antara isu-isu yang sempat dibincangkan ialah:

§ Komitmen ahli HEALS terhadap program-program persatuan masih belum memuaskan secara keseluruhannya. Ini memberi kesan terhadap pemarkahan STAR System untuk markah ko-kurikulum ahli sendiri. Seluruh ahli HEALS sangat diseru dan digalakkan untuk terlibat secara AKTIF dan PRODUKTIF dalam aktiviti-aktiviti HEALS, bukan sekadar sebagai peserta, tetapi sebagai JAWATANKUASA PELAKSANA, sebagai latihan penyediaan diri berhadapan dengan situasi kerjaya yang lebih mencabar akan datang.

§ Menurut Dr. Azlina, masalah berkaitan pengangkutan pelajar KAHS ke JHC untuk klinik/praktikal adalah di bawah tanggungjawab Br. Zainul (Deputy Dean of Academic Affairs, KAHS) kerana ia berkaitan dengan aktiviti akademik pelajar. Van untuk kegunanaan kulliyyah kita telah disediakan namun masalah pemandu van terletak di bawah pengurusan Head of Department (HOD) masing-masing. Justeru, sebarang masalah pengangkutan yang memerlukan perkhidmatan van kulliyyah seharusnya dirujuk terlebih dahulu kepada HOD. Namun, sekiranya ada cadangan lain dari kalian untuk menambahbaik perkhidmatan ini, boleh disuarakan kepada kami (SRC KAHS) untuk tindakan lanjut.

§ Buka ruang lingkup dan skop program-program HEALS kepada massa dengan lebih meluas. Program-program anjuran HEALS yang dirasakan bermanfaat untuk partisipasi/penyertaan daripada kulliyyah-kulliyyah lain di UIAM Kuantan ini seharusnya diketengahkan.

§ Jika perlu, perkukuhkan collaboration program between HEALS & other Kulliyyah-Based-Society (KBS) dengan kerjasama SRC (seperti yang pernah dilaksanakan dalam program-program sebelum ini seperti IKOD, CAMPRO, IHYA’ RAMADHAN dan lain-lain). Luaskan capaian, minimumkan bajet, dan optimumkan MANFAAT BERSAMA.

§ Dr. Azlina juga mencadangkan agar diwujudkan PETI ADUAN, SURVEY BERKALA dan medium-medium lain bagi mendengar suara/komen/cadangan pelajar untuk penambahbaikan. InsyaAllah cadangan ini sememangnya cukup baik dan akan diambil cakna.

Kami juga sangat mengharapkan wujudnya KERJASAMA yang baik antara SRC KAHS dengan HEALS OFFICE BEARERS 10/11 agar segala perancangan di peringkat kulliyyah kita dapat diselarikan dan diperkemaskan dalam perancangan dan pelaksanaan yang lebih optimum. Moga kami mampu menjadi tulang belakang yang KUAT buat kalian, dan kalian juga mampu menjadi tulang belakang yang LEBIH KUAT buat kami. Sama-sama kita saling menyokong dan bahu-membahu antara satu sama lain untuk kebaikan seluruh pelajar KAHS. May Allah guide us along this journey, insyaAllah.

Akhir kalam, kami memohon maaf andai ada kekhilafan, terkasar bahasa, terlanjur bicara daripada pihak kami. Jangan segan atau takut untuk menegur kesilapan kami, insyaAllah kami TERBUKA dan BERSEDIA dengan teguran berhikmah. Sesungguhnya kami juga manusia biasa seperti kalian, masih lagi belajar, dan akan selamanya dalam proses belajar memperbaiki diri dan melakukan yang terbaik untuk ummah, untuk ISLAM. Semoga ada KEBERKATAN dalam segala gerak kerja kita dari awal hingga akhir. “ALL FOR THE UMMAH”.

Sebarang LONTARAN IDEA/CADANGAN/KOMEN/KRITIKAN/TEGURAN daripada kalian amat kami alu-alukan, because “YOUR VOICE IS OUR COMMITMENT”.


“Kita merancang, Allah merancang, dan Allah SEBAIK-BAIK Perancang”.


Sekian.


Salam hormat dari kami SRC KAHS Constituency 10/11,

Muhammad Luqman Hakim b. Roomali (013-3085300)

Anis Nadia bt. Hussin Shokri (013-3087002)