Duhai Hati..Tenanglah..

Bismillahirrahmanirrahim.. (puisi re-post daripada blog lama saya). Moga ia perkongsian cetusan hati yang ada manfaatnya bersama..


Kian berlabuh senja adiwarna

di tabir usia yang tuntas menginjak dewasa

Sendirian aku di kamar sepi

Menghitung dosa membilang hari


Setiap detik yang berlalu

Seakan menyelar tubuhku

Apakah yang telah aku lakukan selama ini??

Ke mana tumpahnya keringat basahku??

Kepada perjuangan Islam atau sebaliknya??


Ilahi rabbi...aku tidak pantas menjawab persoalan ini..

Tatkala diri diuji

Aku tertunduk lemah

Tatkala hati disakiti

Semangatku rapuh berantakan

Tatkala dunia mentertawakan

Kekuatan jiwaku tidak kental menangkis


Malah aku menangis lemah

Merintih dek ujian yang hadir bertamu silih berganti

Duhai diri..

Di mana rasa kehambaanmu


Lantas,

Berwudhu’ hati yang menangis

Bertawajuh jiwa yang kian kegersangan

Bersujud pasrah atas segala ketentuanMu


Di atas sejadah Cinta ini

Taqarrub rohaniku penuh pengharapan

Mendambakan ruhul mutmainnah itu hadir

Mengusir segala karat mazmumah di hati


Syahdu mengalun memuji kebesaranMu

Zikrullah Kalamullah meniti di bibir

Meresapi seluruh atma

Menghadir sebuah ketenangan abadi

Menghijrah diriku ke daerah keinsafan

Mengilhami minda bahawa

Pasti ada hikmah di sebalik segalanya


Justeru bersabarlah duhai diri

Kerana sabar itu terlalu indah


IKHLASkan hatimu hanya keranaNya

Kerana IKHLAS itu kunci sebuah ketabahan!

Kuatkan dirimu demi perjuangan Islam!!!



Re-post: ieman, 30-04-08, 1303pm

0 comments: