XPDC CAMPRO Buka Tirai New Year 2011

Bismillahirrahmanirrahim..

New Year 2011 baru sahaja membuka tirai. Mengungkap rasa kesyukuran atas nikmat setahun lagi bakal bertambahnya usia (jika dipanjangkan umur sehingga 18 Mac ini) menjadi 23 tahun. Juga mengungkap rasa kesedihan atas kelalaian diri sendiri, bahawa betapa sangat sedikit amalan yang telah dibuat, tidak sebanding langsung dengan usia sebegini. Tidak mampu juga diri ini untuk menghitung dan berkira-kira apakah sumbangan yang telah dilakukan untuk ISLAM selama hidup ini..kerana mungkin hakikatnya tiada langsung sumbangan yang telah diberikan.. T_T

Sangat bimbang dan takut sekiranya tiada satupun amalan diri yang diterima oleh-Nya..Astaghfirullah! Teringat lirik nasyid Hijjaz, sebagaimana bicara Umar;

“Semua ke syurga kecuali DIA, kubimbangi ‘DIA’lah diriku..”

Sedikit perkongsian pengalaman semasa mengikuti XPDC Dakwah New Year sempena Campus Dakwah Project (CAMPRO) 2011 pada malam 31 Disember yang lalu. Kebetulan saya telah ditaklifkan sebagai salah seorang committee Unit Pub & Info, jadi agak banyak yang perlu disettlekan termasuk senarai nama peserta-peserta yang nak join XPDC tersebut. Nak dijadikan cerita, saya ada kelas pada hari yang sama (31hb) bermula jam 7 petang-10 malam (asalnya 4.30 petang-10 malam), jadi agaklah kalut sedangkan briefing untuk peserta sepatutnya bermula seawal jam 9 malam. Alhamdulillah ada committee lain yang backup. Maka sebaik sahaja tamat kelas jam 10 malam, kelam-kabut la saya balik ke mahallah, solat isyak, kemudian terus bergegas naik bas. Seiringan dengan hujan yang turun membasahi bumi UIA Kuantan, kami peserta-peserta bertolak ke destinasi tujuan, iaitu Megamall Kuantan (1 bas yang lain dah betolak ke Benteng lebih awal). Satu perkara tiba-tiba disedari, perut saya mula berbunyi! Ni lah akibatnya tak sempat makan sejak tengahari. Kelas tadi pun just berhenti rehat 20 minit untuk solat Maghrib je. Nasib baik ada sahabat2 yang baik hati berkongsi secubit roti buat alas perut. Fuh! Beginilah tarbiyyah.. ‘Ditarbiyyah sebelum Mentarbiyyah’.. Alhamdulillah!

Diringkaskan cerita, melangkah masuk ke pintu Megamall, debaran dalam hati mula terasa. Walaupun ini bukan pertama kali mengikuti xpdc seumpama ini, saya mengakui debaran hati tetap tidak dapat dielakkan.

Ikhlaskah niatku?

Bagaimana method dakwahku nanti?

Bagaimana penerimaan mad’uku nanti?

Bagaimana cara terbaik mendekati mereka?

Bagaimana mahu pastikan penyampaian nanti berlaku dari hati masuk ke hati?

Bagaimana nak berhadapan dengan sebarang ‘kemungkinan’ lantaran pelbagai ‘genre’ manusia terdapat di sana?

Bagaimana dan bagaimana??

Tambahan pula kami dikhabarkan di sana akan ada KONSERT sempena sambutan tahun baru. Ohh! Ya Allah, berikan hati ini kekuatan.. Bismillahi tawakkaltu ‘alaAllah, kaki mula menapak masuk..

Setelah sedikit briefing ringkas daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sana, maka bertebaranlah seluruh tentera-tentera penggerak XPDC merata-rata di sekitar shopping complex Megamall, mencari sasaran mad’u, dengan niat “ISLAH NAFSAK, WAD’U GHAIRAK” (Perbaiki diri dan serulah yang lain) sambil mengedarkan risalah. Diiringi muzik kuat yang cukup membingitkan telinga. Gegak-gempita Megamall dibuatnya. Jantung pun terasa nak gugur! (p/s: muzik yang terlalu kuat boleh merosakkan telinga. Please refer the Audiologists..huhu)

Perasaan??

SEDIH. KECEWA. TAKUT. Inilah tiga perasaan saya yang bercampur-baur dalam hati sepanjang berlegar-legar di ruangan complex ini.

SEDIH; melihat realiti masyarakat zaman sekarang yang kian mabuk menghirup air HEDONISME melampau!

KECEWA; melihat ramai anak MELAYU yang sudah hilang sifat KE’MELAYU’ANNYA, malah tidak segan silu bercampur dengan anak CINA di atas pentas membuat tarian aksi ‘break-dance’!

TAKUT; kerana saya membayangkan, seandainya pada masa tersebut Allah timpakan azab dengan merobohkan Megamall itu atau apa sahaja bentuk bencana..sedangkan saya berada di tempat 'kotor' seumpama itu, ke mana saya harus lari?? Ohh! Na’uzubillah..

Sungguh!

Rasa tak sanggup untuk terus berada lama-lama di situ. Tapi memikirkan amanah yang sedang terpikul atas bahu ini, perjuangan harus diteruskan. Semangat harus dikentalkan. Hati harus dikuatkan. Sesungguhnya kita hanya mampu berusaha, tetapi Allah lah yang berkuasa memberi hidayah. Sekalipun terhadap orang yang paling kita sayangi. Sebagaimana Rasulullah s.a.w juga tidak mampu memaksa bapa saudaranya Abu Talib untuk melafazkan kalimah syahadah di saat akhir kematiannya. Sesungguhnya HIDAYAH ITU MILIK ALLAH.

Justeru bagaimana peranan kita sebagai MAHASISWA khususnya mahasiswa ISLAM yang belajar di Universiti ISLAM?? Cukupkah sekadar melihat ‘fenomena’ ini dari jauh? Sedarlah, masyarakat di luar semakin sakit. Menunggu kehadiran kita semua untuk memberikan ubat merawat penyakit mereka sebelum ia menjadi tambah PARAH dan TENAT! Melihat suasana sambutan Tahun Baru yang cukup teruk seumpama ini, saya tiba-tiba terfikir;

“Seandainya negara Malaysia diserang oleh mana-mana musuh Islam pada saat dan ketika ini, saya yakin dan percaya, kemenangan itu pasti mustahil! Usah mimpi mengibar PANJI, jika barisan tentera remaja yang ada kini hanya tahu menari dan menyanyi, bukannya MENGAJI dan MENGKAJI!”


AYUH TEMAN-TEMAN!

Persiapkan DIRI kita! Persiapkan ROHANI kita! Persiapkan MENTAL kita! Persiapkan segalanya dengan ILMU & IMAN. Bersiap siaga terjun ke medan UMMAH, bersama kita kembalikan kegemilangan dan ke’izzahan ISLAM!



Indera Mahkota, 2-1-2011, 2.55 pm.

1 comments:

Anonymous said...

dalam xpdc dakwah hari tu di megamall.., tak tahu yang mana satu orang cina, yang mana satu orang Islam..., Bukan dek rupa yang chinese - look, tapi dek pemakaian dan tingkah lakunya...